Tuesday, March 16, 2010

PENANGAN HARD ROCK....


15hb Mac, aku berkesempatan p hard rock hotel... teruja gak mula-mula tp lepas tu biasa je... sama mcm hotel lain... aku dapat p kerana ada function dsana... makanan memang tip top... berbaloi dengan harganya... ramai gak melayu kat sana...


Harga memang mahal gler beb, tp aru rasa berbaloi gak dengan services diaorang...

Wednesday, February 24, 2010

RAHSIA FADHILAT SURAT AL-FATIHAH

Benda ni aku petik dlm satu blog.. begitu menarik perhatian aku... aku ingin berkongsi...
Dalam kekusutan minda. Dalam ketidak tenteraman jiwa. Dalam kecelaruan ummat. Dan dalam segala macam keserabutan masyarakat sekarang ini. Saya berpendapat, adalah teramat MUSTAHAK bagi setiap seorang daripada kita ini, khususnya yang beragama Islam, agar memperkukuh diri kita dengan ilmu2. Bukan hanya mendalami ilmu, malah yang terlebih pentingnya ialah mengamalkan ilmu yang kita ada.

Dalam entri kali ini, saya ingin mengajak anda semua untuk memahami dan meneliti tentang kehebatan dan keistimewaan surah al-Fatihah.

Bukan hanya sekadar mengetahui tentang kelebihan surah Fatihah ini, malah saya menyeru kepada anda semua, agar kita sama-sama dapat mengamalkan ilmu yang dikongsikan dibawah ini.
Baca dan ketahuilah ‘Rahsia Fadhilat Surah Fatihah‘ ini. Serta amalkanlah ilmu yang kita dapat. InsyaAllah.

1. Untuk membuatkan seseorang (suami anda, isteri anda, anak2 anda) supaya sentiasa ingat dan kasih pada anda :
Bacalah surah al-Fatihah 14 kali sebelum tidur.

2. Untuk mengubati penyakit yang kritikal:
Baca surah al-Fatihah 41 kali dan tiup pada air
Minum air tersebut dan mandi menggunakan air tersebut.

3. Untuk merawat masalah sakit kepala / sakit yang berkaitan dengan otak:
Baca surah al-Fatihah 7 kali sambil mengusapkan kepala orang yang sakit tersebut.
Lakukannya 1 kali sebelah pagi dan 1 kali sebelah malam setiap hari tanpa gagal.

4. Untuk mengurangkan kesakitan yang melampau:
Baca surah al-Fatihah 3 kali dan tiupkan dalam segelas air dan minum air tersebut.
Kemudian, baca surah al-Fatihah sambil mengusap ditempat yang berasa sakit tersebut.

5. Untuk menghentikan bayi / anak kecil yang sedang menangis (samaada menangis ditengah malam atau pada bila2 masa sekalipun):
Baca surah al-Fatihah 7 kali sambil mengusapkan kepala bayi/anak kecil tersebut.

6. Untuk merawat luka2 kecil: Contohnya luka terkena pisau, luka disengat tebuan, darah keluar tak berhenti, jari terkepit pintu dan sebagainya…)
Baca surah al-Fatihah 3 atau 7 kali
Kemudian, gunakan ibu jari, ambil sedikit air liur dari bahagian “langit-langit” dan gosokkannya pada kawasan yang terluka tersebut.

Semua cara yang diterangkan di atas, INSYAALLAH pasti akan mendatangkan kesan dengan beberapa syarat:

Percaya dan yakin bahawa Surah al-Fatihah ialah sebaik-baik penawar untuk segala macam jenis penyakit (dengan kuasa Allah yang menjadikan surah al-Fatihah penuh keistimewaan)
Baca dengan penuh “khusyuk” dan “Tawadhu”
Tawakal sepenuhnya pada Allah

Gunakan amalan tersebut dengan NIAT YANG BAIK saja
Mintak lah yang baik baik. Niat biar baik. InsyaAllah akan dimakbulkan oleh Allah.
Wallahualam.

Sumber ilmu : Diajar oleh Dr. Fatma Az-Zahra (semasa kelas tafsir al-Quran )

Wednesday, February 10, 2010

SETELAH SEKIAN LAMA...


Setelah sekian lama aku tinggalkan penulisan blog sejak mula aku belajar, hari ini baru aku sentuh kembali..hehe... bukan apa, aku tiada masa untuk tumpukannya. jadualku terlalu padat... Aku terlalu berjiwang ketika menulis blog sedangkan aku lupa tujuan asal blog aku ini ditubuhkan.. Mungkin akan datang aku selitkan sedikit sebanyak tentang harianku.. adakah siapa yang faham akan penulisanku ini... aku pun tak tahu...

Saturday, January 23, 2010

PERTAMA KALI.......

Pertama kali aku didedahkan dengan pengalaman baru iaitu belajar membuat blog sendiri dengan bantuan orang yang lebih berpengalaman. Aku begitu kagum giler dengan pengalaman pertama ini yang dapat digambarkan. Pada jam 9.40mlm siapla blog pertama aku hasil idea yang tak brapa nak jelas coz aku baru belajar. Aku bersama isma dan norizan dan yang lain2 begitu bersemangat untuk belajar dunia baru maya kami. bagaikan budak2 tadika yang begitu xcited dengan dunia baru. Asalkan tidak lupa diri sudahla... hehehhe....